Selasa, 16 Juli 2013

Fred Pemain Brazil Ternyata Muslim

Seorang pemain islam
dalam skuad bola
sepak kebangsaan
Brazil
Gambar
Mungkin tidak ramai
yang tahu kalau salah
satu pemain kebangsaan
Brazil merupakan
seorang Muslim. Dia
adalah Frederico Chaves
Guedes atau biasa
dipanggil Fred.
Pemain bola sepak
Muslim ini dilahirkan di
Teofilo Otoni, Minas
Gerais, Brazil pada 3
October 1983. Bekas
pemain Cruzeiro ini mulai
mengenal Islam ketika
bermain di Eropah.
Perpindahannya ke
Perancis pada 2005,
untuk membela
Olympique Lyon
membuatnya
bersentuhan dengan
Islam.
Selama empat musim di
Lyon, dia mampu
membawa Lyon menjadi
yang terbaik di Ligue 1.
Sebagai ujung tombak
kelab, Fred mampu
membuktikan
kapasitinya sebagai
pemain berbahaya.
Pada musim pertama
membela Lyon, dia
menjadi runner up
pencetak gol terbanyak
di liga tempatan. Setelah
melewatkan dua bulan
pada musim 2006/2007,
dia mampu mencetak 11
gol dari 20 perlawanan.
Pada musim 2007/2008,
Fred mengalami
beberapa kali mengalami
kecederaan. Namun dia
mampu
mempersembahkan gelar
Copa America 2007 bagi
Brazil pada pertengahan
tahun. Dia melakukan
come back di kelab
medio Oktober 2007,
tetapi tidak mampu lagi
bersaing di tempat
utama.
Itu lantaran Lyon
mempunyai dua striker
tajam, iaitu Milan Baros
dan Karim Benzema,
yang mulai bersinar.
Sebelum musim 2008/2009
berakhir, dia
meninggalkan Lyon
untuk kembali ke
kampung halamannya
bersama Fluminense.
Tinggal di bandar Lyon
yang ramai dihuni
pendatang Muslim,
membuat Fred
bersentuhan dengan
budaya Islam. Bergumul
dengan Karim Benzema
menjadi sebahagian dia
semakin mengenal
ajaran Islam. Namun
sangat sedikit maklumat
pada masa bila dan
kepada siapa Fred
mengucapkan kedua-dua
kalimat syahadat ketika
menjadi mualaf.
Saat keislaman Fred
terbuka kepada umum
ketika dia mampu
mencetak satu gol dalam
Piala Dunia 2006 di
Jerman. Ketika itu Brazil
memukul Australia
dengan skor 2-0, pada Jun
18, 2006.
Selepas meledakkan gol,
penonton di stadium dan
televisyen dikejutkan
dengan gaya Fred yang
melakukan gaya
merayakan gol dengan
cara tidak biasa. Kerana
dia bersujud syukur di
padang.
Dalam video berdurasi
lima saat itu yang boleh
dilihat di dunia maya,
Fred melakukan itu
sebagai bentuk rasa
syukur kepada Sang
Pencipta yang masih
memberikannya
kesempatan untuk
mengukir prestasi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar